Isnin, Februari 09, 2009
::10 Perangkap Syaitan Memusnahkan Manusia::
ALLAH berfirman, bermaksud: "Syaitan memberikan janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipu daya belaka. Tempat mereka itu di neraka Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." - (An-Nisa: 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya berkait rapat dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
Melalui pelbagai jenis sifat terkeji itulah dengan secara sedar atau tidak, kita memberikan ruang dan laluan kepada syaitan untuk masuk serta bertapak di dalam diri kita.
Apabila syaitan merajai diri, seseorang itu pasti sanggup melakukan apa saja perbuatan keji kerana keinginan dan semarakan nafsu sudah mula sebati dalam diri.
Suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada setiap manusia ialah hati yang fitrah kejadiannya adalah untuk menerima petunjuk serta hidayah Allah. Hati juga sebenarnya mudah menerima nafsu yang datangnya daripada syaitan.
Berlumba-lumbalah malaikat dan syaitan untuk menguasai hati manusia. Syaitan akan bekerja keras siang dan malam semata-mata untuk menawan pemilik hati itu agar mereka melanggar perintah Allah.
Beruntung golongan manusia yang berjaya menangkis godaan syaitan dan mengelakkan hati daripada dihuni syaitan durjana. Seorang ulama pernah berkata: "Saya sentiasa berfikir dan memerhati, dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang daripada 10 pintu:
* Pertama ialah pintu kesombongan dan keangkuhan. Kedua-dua sifat ini adalah antara sifat mazmumah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya. Sifat itu amat mudah subur dalam diri manusia yang merasakan dirinya cukup segalanya - daripada status hidup hingga kepada wang ringgit dan harta benda yang dimiliki. Dengan itu berjalanlah manusia yang bersifat sedemikian dengan mendongakkan kepala ke langit tanpa mempedulikan orang di sekitarnya.
Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau miringkan pipimu terhadap manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlenggang dalam perjalanannya kerana sombong dan bermegah-megah." - (Lukman: 18).
* Pintu kedua ialah melalui sifat bakhil dan kedekut. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat yang lainnya pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah oleh Allah.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalami Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Al-Israk: 30).
* Ketiga ialah melalui sifat takbur yang akan hadir dalam diri seseorang apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap memiliki segalanya lalu dia mula rasa tinggi diri terhadap orang di sekelilingnya sehingga kadang kala mereka terlupa segala kurniaan nikmat itu boleh ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata saja, jika dikehendaki-Nya.
Allah berfirman, bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur" (An-Nahl: 23).
Begitu juga firman-Nya, bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sombong menyembah-Ku, balasannya ialah neraka dan akan rasa terhina." -
(Al-Mukmin: 60).
* Pintu keempat melalui sifat riak dan suka dipuji. Memiliki kesempurnaan peribadi melalui ketinggian ilmu dan darjat yang disegani adalah idaman setiap insan. Namun sering juga terjadi dengan darjat dan ilmu yang dimiliki itu, manusia lupa diri dan asal usulnya. Mereka mula memandang kecil dan remeh kepada orang lain kerana menyangkakan mereka semuanya lemah dan tidak akan mampu mengatasinya. Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsunya dan orang yang bangga dengan dirinya sendiri."
* Sifat kelima yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ialah melalui sifat hasad dengki. Islam amat membenci umatnya yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain kerana iri kepada kelebihan dan kepandaian yang diberikan Allah kepada seseorang yang lain. Ini kerana sifat itu ada kalanya membawa kepada perasaan sakit hati dan dendam selagi seseorang individu itu masih tidak memperoleh seperti yang dimiliki oleh orang lain.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Hindarilah kamu daripada perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering."
* Pintu keenam ialah melalui sifat suka memandang remeh kepada orang lain, sama ada orang tua atau muda. Pengaruh persekitaran dan budaya liar yang banyak mementingkan diri sendiri mutakhir ini sesekali membuatkan seseorang itu rasa kepandaiannya boleh mengatasi apa jua permasalahan yang dihadapi tanpa sedikit pun mengharapkan bantuan orang lain.
Pada saat itu akan lahir sifat ego dan megah diri dan ia pasti akan mudah memandang rendah kebolehan orang lain. Mereka lupa hakikat tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya.
Abu Umamah pernah meriwayatkan: "Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil."
* Pintu ketujuh ialah menerusi sifat ujub atau bangga diri. Orang yang mudah membangga diri sendiri sebenarnya dialah orang yang tidak mempunyai apa-apa. Ini kerana keegoan dan kebanggaan terhadap diri sendiri itulah yang akan merendahkan dirinya pada mata orang lain. Dia akan dicemuh masyarakat dan lebih malang, dimurkai Allah.
Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau turut orang yang hatinya Kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut."
- (Al-Kahfi: 28).
* Pintu kelapan ialah melalui sifat suka bersenang lenang. Manusia yang lebih gemar bersenang linang biasanya mudah alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan, seolah-olah apa yang diperolehnya adalah kuasa tertinggi yang boleh menentukan perjalanan hidupnya. Mereka seolah-olah terlupa kepada tanggungjawab terhadap Pencipta dan Rasul-Nya, diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.
Menurut Imam Ahmad (diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Jabal) bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang sahaja."
* Sifat kesembilan yang menjadi pintu bagi laluan syaitan ialah sifat suka berangan-angan. Islam amat antisifat malas. Seseorang yang malas berusaha untuk memperoleh rezeki Allah, sama ada untuk dirinya atau keluarganya tidak akan memperoleh apa-apa kerana lebih suka berharap dan berangan-angan untuk memperolehnya. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bagi memperoleh kesenangan, selepas berusaha dan berikhtiar itulah Islam meminta umatnya bertawakal dan menyerah kepada ketentuan-Nya.
* Pintu terakhir yang menjadi laluan syaitan ialah melalui sifat suka berburuk sangka. Meletakkan anggapan buruk terhadap seseorang amat dikeji agama. Seseorang yang sengaja menuduh orang lain melakukan sesuatu perbuatan tidak baik melalui telahan dan anggapan atau sangkaan tanpa bukti dan kebenaran akan dilaknati Allah. Perbuatan sebegini bukan saja dilarang agama, malah ia adalah satu daripada punca lahirnya masyarakat yang kucar-kacir dan sentiasa berdendam dalam kehidupan seharian.
Dalam hubungan ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak." - (Riwayat Muslim).
Sesungguhnya kecintaan manusia terhadap 10 sifat yang dinyatakan itulah sebenarnya yang membawa kesesatan kepada manusia di dunia ini. Apabila hati sudah bertaut dengan sifat mazmumah akan mudahlah syaitan menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus.
Justeru, berlindunglah selalu daripada bisikan syaitan dengan sentiasa menyebut: "Aku berlindung daripada syaitan yang direjam." Kita juga dianjurkan selalu berdoa dengan menyebut: "Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia)." - (Al-Imran: 8).

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan